Allah Allah Allah

♥ .“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An'am : 162)♥

Syahadah

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.

Subhanallah!

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Albasri

Alhamdulillah!

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Allahuakbar!

Tuhanku...bintang-bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu.mengintai kasih di perdu rindu... ~Rabiatul Adawiyah~

Thursday, December 13, 2012

Oh! SayangNya DIA padaku


Sekasih ibu pada anaknya,
Sayang lagi Nabi pada umatnya.
Sesayang Nabi pada umatnya,
Cinta lagi Allah pada hambanya.

Didahuluinya kasih sayang drp kemurkaan,
Sedangkan kita hamba, DIA Tuan.

Mengapa masih mengkianati.

Mengapa masih tunggu lagi.
Mengapa masih beralasan lagi.

Abu Hurairah r.a melaporkan daripada Rasulullah s.a.w, katanya,

“Apabila seseorang mendekatiKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekatinya dalam jarak sehasta. Sesiapa mendekatiKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekatinya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari.”

Oh Rabb !
SayangnyaMu pada Kami,
padahal kami hamba.

Saturday, November 3, 2012

Pujuk diri melalui bicara hati


Melakukan sesuatu dengan tidak mensia-siakan sesuatu.

Mas asrar, Contohnya apa ya?
Emangnya contohnya seperti mengambil wuduk.
--------
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
---------
Kadang-kadang bicara dihati itu kan..
bagaikan memujuk diri untuk 'sikit-sikit menjadi bukit' menjadi seperti yang diimpi.

Hai hati, harini jangan kita sia-siakan setiap saat yang berlalu naa,
kata nak jadi hebat mcm Sultan Muhammad Al-Fateh
*sambil menepuk manja dada*

Perjalanan ini..






Ujian itu tanda cinta dari Sang Mahaperkasa, diajariNya kita dengan banyak persoalan, disadarkan kembali bahawa takde kekuatan melainkan dariNya.

Hidup manusia ini kan, penuh dengan misteri, ia proses antara ikhtiar insani dan takdir Ilahi.

life starts from nothing to something, then becoming someone

and finally to be NO ONE. Why?.. Because the only ONE is Allah swt.

Perjalanan mencari Allah haruslah "berbekalkan" Allah, tak cukup dengan cita-cita dan kerja keras.

Mari berinspirasi!
----

pic by Hafidz Yusof

Revive a Sunnah!


Al-Waqiah, ayat 8, "iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan".

Rasulullah S.A.W suka bermula dengan bahagian kanan. Ketika makan, minum, memakai selipar dan ketika berjalan.

Kalau kita belajar dan mengajarnya kepada orang lain kita akan mendapat banyak ganjaran.

Contoh kalau kita pergi ke kedai gunting, kita kabo ke dia

Awop, sunnah Rasulullah S.A.W baginda suka dahulukan mencukur di bahagian kanan sebelum bahagian kiri. Ce try test ikut sunnah Rasulullah S

.A.W.
Agok-agok awop gunting brape org sehari?

Dia mungkin jawab : 10,20 kali, or 40 kali sehari (hok ni hok femes) .

So kita congak kebiasaannya 20 kali sehari, jadi dalam setahun sebanyak 7 ribu kepala telah dia guntingkan. Maka kita telah hidupkan sunnah Nabi S.A.W sebanyak itu. Saham pom dapat ke kite gop. *Tinggg! Tingg!

Jika kita berikan sesuatu kepada orang lain dengan tangan kanan, akan bertambah cintanya Allah kepada kita!

Memberikan nikmat cinta Nya kepada kita. Sunnah Nabi begitu bernilai bagi hidup kita jika penghayatan sebegitu. Perjalanan hidup kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

Simple aite?
Lets start. Revive a Sunnah!

Raja berhari-hari atau Raja sehari?


Saidina Ali time menikahi dengan Saidatina Fatimah, mas kawinnya hanya baju perang saidina Ali itu sendiri.

Sedangkan Saidina Ali itu adalah antara Khalifah Ar-Rasyidin yang utama, pemimpin kaum muslimin!

dan Saidatina Fatimah itu pemimpin para wanita penghuni syurga! dan Puteri Kecintaan Rasullullah s.a.w!

Gimana dengan zaman skrang ?
Emangnya jika diberikan yang murah-murah aja bisa diterima ?
kita siapa ja ya?


Berbelanja besar pada "satu hari" itu tak berbaloi kalau
hari-hari selepas "satu hari" itu menderita..

Pilihanmu?
Raja berhari-hari atau Raja sehari.
----
Jika mampu, silakan.


Thursday, November 1, 2012

Kau Yang terindah


Bila antara sahabat saling bagi berpesan, saling wish rindu dan jaga diri,
oh, indah xterkata!

Aku ingin kau tahu,
Kau yang terindah bagiku.


Sabda Rasulullah SAW:

“Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya.”
 
Hadis Qudsi pon ade menyebut:

Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yang nasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicurahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling memberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mimbar- mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukan yang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan para syuhada.”
 (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Qudha` ie)

------
*mode lepas dgr lagu kau yang terindah. hee 
(n_n)
 

Wednesday, October 31, 2012

Impian





Impian.

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari


kalian?.
--------

Daripada hidup dalam kenangan-kenangan lampau, marilah sekarang hidup dalam khayalan dan angan-angan.

Itulah masanya untuk melihat diri seindah-indah rupa sehingga terbitnya harapan untuk melaksanakannya dari hari ke hari.

Firman Allah s.w.t :
Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang ia telah lakukan untuk esok.
[Surah al-Hasyr : 18]

Jadilah seorang muslim yang mempunyai impian dan matlamat
Hidup tanpa impian ibarat memandu kereta tanpa arah tuju hingga minyak abes, lalu terkapai-kapai mencari jalan.


Tegur aku jika aku lupa!

Mana pilihmu?


Dunia fana lagikan dikejar, besi berkarat lagikan dipuja.

"...demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'am:32)







 




-----
*by madmie

Perjalanan hidup ini penuh dengan rahsiaNya.
Aku hanya bisa melakar kata-kata menjadi satu arca pembuktian hidup yang ku lalui.

Setiap yang dilalui itu ada hikmahnya.
Setiap yang dilalui itu sangat berharga nilainya.





----
*gambar dari digital mukmin.

So easy yet so hard?




Tempahan rumah dibuka! ( tak perlu pitih )
Berminat?
----------

Pada malam Israk, Baginda Nabi S.A.W. berlalu melintasi Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Jibrail: "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?".
Jibrail menjawab: "Ini Muhammad".

Nabi Ibrahim lalu berkata: "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga, sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas".

Nabi S.A.W. bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?".

Nabi Ibrahim menjawab: " Ucapkan kalimat `LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".
(Maksudnya : Tiada daya upaya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan sesuatu yang manfaat) selain Allah S.W.T.)

----------
Ehem.Ehem.

Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dan dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang!

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi:
"Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya. 
 
 Apabila mereka ditanyakan: "Mengapa kamu berhenti berkerja?". Mereka menjawab: "Kami sedang menunggu bahan-bahannya".

Wahai Jiwa, Bergeraklah!



Wahai Jiwa, Bergeraklah!

Bergerak itu walaupn sedikit,
tapi bermakna.
 

Wahai jiwa jiwa yang merantau,
dan jiwa yang bersaksi atas haq, 

terus meneruslah kamu dalam ketaatan.



---------------
*gambar diambil di

Thursday, October 11, 2012

Wahai hati



                                                      Yang Indah Itu di Hati Bukan di Mata
                                                                         -----------

Wahai hati..
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau dalam menempuh hari-hari yang makin sukar ini?

Aku tidak pasti kenapa aku kerap mengingatkan dikau kini,
Kata orang kau semakin berubah,
Jika dulu kau sentiasa sejuk dengan zikrullah,

Kini kau semakin culas dengannya.
Mengapa bisa jadi begitu wahai hati?

Jika dulu dikau rajin berjalan menuju ke Masjid di subuh hari,
Berpakaian suci dan bersih
Untuk bertemu Rabbmu Yang Maha Agung,
Namun mengapa kini kau jarang ke sana?
Cukup jarang sekali...

Ke mana dirimu di waktu subuh?
Masih dibuai mimpi lena yang tiada sudah,
Ketika setiap hamba menyahut seruan Illahi,
Mengorak langkah ke masjid,
Memperbanyakkan zikir dan fikir,
Ke mana dirimu saat itu wahai hati.

Jika dulu setiap kata-katamu cukup berhemah,
Diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun dengan azabNya,
Mengapa kini lidahmu tidak bertulang,
Cukup mudah dikau bermadah,
Walau songsang maksud dan tiada tujuannya.

Wahai hati...
Kesibukan apakah yang sedang melanda dirimu?
Apakah dikau asyik memikirkan soal duniamu?
Hingga dikau tidak lagi seronok bersama Rabbmu.

Di mana Tahajjudmu?
Di mana Dhuhamu?
Di mana Hajatmu?
Di mana Taubatmu?
Kini jarang sekali dikau dirikan
Atau mungkin dirimu telah hanyut dalam duniawi
Hingga Dia kau lupakan.

Sedarkah dirimu wahai hati,
Urusan duniamu untuk siapa?
Insaflah wahai hati.
Insaflah untuk selamanya...

Duhai hati...
Sungguh aku takut,
Sungguh aku risau,
Sungguh aku gerun,
Tidak mahu dikau berterusan begini.

Rosak dirimu maka rosaklah seluruh diriku,
Baik dirimu maka eloklah diriku,
Besegeralah engkau ke arah mencapai MardhatillahNya,
Mencari REDHA ILLAHI

Monday, August 13, 2012

Golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:


1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang senantiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya
3. Orang yang hatinya berpaut ke masjid
4. Dua orang yang saling mengasihi karena Allah, dan keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah
5. Seorang laki-laki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa yang cantik untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata "Aku Takut Kepada Allah"
6. Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahasiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan
7. Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga ia mengalirkan air mata dari kedua matanya.
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Huraian
1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa. Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan dikategorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

7. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Kita dalam golongan mana? Adakah layak untuk kita menerima naungan Allah kelak?

Tuesday, July 17, 2012

Sabar sang hamba

Bismillahirahmanirahim...
 Ishlahul Qulub

Cubaan itu
meninggikan derajat seseorang 
dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kita.


Itulah rahmat Dia pada kita,
nyata hanya mereka terpilih sahaja
dapat melihat dan pasti merasa.


MasyaAllah.
Jika orang Quraisy menyiksa keluarga Yasir
Apakah keluarga Yasir menerima kehormatan?
'sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kalian di syurga kelak.'

Jika Anas an-Nadr tidak dipotong-potong
ketika ligat berperang di medan uhud
Apakah ia peroleh kehormatan?
'Jika ia bersumpah dengan nama Allah, maka Dia membuat sumpahnya terwujud.'

Jika Bilal tidak disiksa Umaiyah
Apa ia akan meraih suatu tingkatan?
'Bilal tokoh kami.'

Jika Nabi Yusuf tidak sabar 
saat dirayu permaisuri mesir dan dipenjara
Apa ia mendapat suatu gelaran?
'Hai orang yang jujur.'

Jika Saad bin Muaz tidak sabar
berkorban di jalan Allah
darahnya tidak tertumpah dalam perang Khandak
Ia takkan meraih
'Arays Arrahman bergetar kerana kematian Saad bin Muaz.'

Andai Syed Qutub tidak sabar 
dan tegar saat ujian dan kematian
maka perkataannya tidak dikenang
buku-buku tidak tersebar luas dan tidak punya pengaruh besar.

Allah hu Allah;')

Wahai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.

'Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah Engkau bersedih hati terhadap mereka dan jangan pula bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan.'
(16:127)
 
Kekadang, ujian itu ibarat hujan.
Seringkali kita merungut melihat hujan.
Sehingga kita lupa untuk melihat rahmat disebaliknya.
 
 

Monday, July 2, 2012

Pemadam Dosa ??


Bismillah,

Ðaripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya, “Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku! Mahukan aku berikan kepada kamu sesuatu? Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil mandaat daripadanya? Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu, Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu? Ðosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat. Pada setiap rakaat dibaca al-Fatihah dan surah. Setelah selesai bacaan surah, ketika engkau masih berdiri maka bertasbihlah sebanyak 15 kali dengan bacaan :



Kemudian dalam rukuk 10 kali, sesudah bangun daripada rukuk 10 kali, semasa sujud pertama 10 kali, semasa duduk antara dua sujud 10 kali, semasa sujud kali kedua 10 kali dan sesudah bangun daripada sujud yang kedua 10 kali. Ini berjumlah 75 kali. Ðilakukan sedemikian dalam empat rakaat. Jika mampu, lakukanlah setiap hari. Jika tidak maka sekali pada setiap hari Jumaat ataupun sebulan sekali. Jika tidak maka setahun sekali. Sekiranya ini pun engkau tidak dapat lakukan, maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.” (Hadis riwayat Abu Ðaud, Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Tirmidzi)

Solat ini dinamakan sebagai solat sunat Tasbih. Jumlah tasbih yang diungkapkan untuk empat rakaat ini ialah sebanyak 300 kali. Fadilat dan kepentingan solat ini begitu jelas ditekankan oleh Rasulullah SAW dan amat digalakkan supaya solat ini dapat dilakukan setiap hari. Sekiranya tidak mampu, plaing kurang pun hendaklah dilakukan sekali dalam seumur hidup kita.

Jumlah bacaan tasbih dalam solat sunat Tasbih
(Jika dikerjakan 4 rakaat dengan 1 salam)



(klik gambar untuk lihat)


Bacaan tasbih setiap rakaat 75 X 4 rakaat = 300 kali bacaan tasbih.

Tawaran maha hebat

Cuba kita lihat, mukadimah Rasulullah SAW sebagai pembuka bicara sebelum menganjurkan dan mengajarkan kepada Sayidina Abbas r.a. berkenaan solat sunat Tasbih ini. Rasulullah SAW memulakan dalam bentuk pertanyaan dan kemudian dijawab oleh Rasulullah SAW sendiri. Seterusnya pertanyaan itu diiringi dengan fadilat dan kelebihan solat sunat Tasbih ini. Ini manhaj tarbiyah yang amat berkesan untuk menyuburkan rasa kepentingan terhadap amalan yang dianjurkan.

Ðiceritakan dalam kirab al-Mirqat bahawa Abdullah Ibn Abbas r.a. mengerjakan solat sunat Tasbih ini setiap hari Jumaat. Manakala al-Baihaqi menukilkan bahawa seorang ulama besar daripada kalangan tabiin iaitu Abu Jawza r.a. menunaikan solat sunat Tasbih setiap hari pada waktu Zuhur.

Lihatlah, hanya melalui empat rakaat yang sederhana; dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat dahsyat lagi menakjubkan; iaitu pengampunan dan penghampusan segala dosa. Apa jua bentuk dosa yang seseorang itu lakukan, mereka ditawarkan pengampunan total oleh Allah SWT.

Sesungguhnya ini satu rahmat daripada Allah yang terlalu agung buat umat kekasih-Nya. Usaha yang kecil, tetapi ganjarannya terlalu agung dan besar.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, anak Adam mana yang tidak melakukan khilaf dan dosa? Maka tawaran pengampunan dosa melalui solat sunat Tasbih ini adalah antara kurniaan Allah Taala yang tiada taranya untuk kita.

Jika insan-insan hebat seperti Sayidina Abbas dan Sayidina Ibn Abbas r.a. bersungguh-sungguh melakukannya, apatah lagi insane seperti kita, yang kerdil dan banyak dosa ini. Tentulah lebih-lebih lagi perlu mengejar dan mendapatkan pengampunan dosa-dosa kita itu melalui solat sunat Tasbih yang hebat ini.

Apa kata iman kita?

------------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz di Solusi ISU#36
http://laman-seri.blogspot.com

Monday, June 25, 2012

Aku ini Siapa?

Thursday, May 24, 2012

Iman yang lemah?

by fathi ridhuan

Bismillahi walhamdulillah…

Iman fitrahnya menaik dan menurun, bertambah dan berkurang, kuat dan lemah. Tetapi, jika ia menurun, berkurang dan lemah maka jagalah diri dan hati agar tidak melakukan perkara-perkara yang haram. Jauhilah diri dan hati dari perkara-perkara yang Dia haramkan. Itulah kadar iman yang paling lemah.

Tidak dapat tidak, kita mesti menguatkannya kembali. Merawatnya dengan segera. Ia (iman) adalah sumber utama dalam hidup kita. Tanpa ia, tiada kegembiraan, tiada kelapangan, tiada kesenangan, tiada ketenangan, tiada kekuatan dan tiada kemudahan yang kita rasai dalam hidup.

“Jika kamu ingin memperbaharui hubunganmu dengan Allah, maka perbaharuilah taubatmu”. ~Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna…

Iman lemah bermakna hubungan kita dengan Allah juga lemah. Mahu kembali dekat denganNya? Mulakanlah dengan taubat. Taubat yang sebenar-benarnya kepadaNya. Dan ikutilah ia dengan melaksanakan perintahNya (yang wajib juga yang sunat) dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Kita adalah manusia bukan malaikat. Iman kita juga menaik dan menurun, bertambah dan berkurang. Janganlah kita putus asa dari rahmat dan keampunanNya. Andai jatuh, bangunlah kembali. Jatuh lagi, bangunlah lagi. Jatuh lagi, bangunlah lagi. Jangan pernah berhenti. Sebanyak mana kita jatuh, sebanyak itulah kita bangkit kembali. Kata abang Hilal Asyraf, “Allah tidak lihat berapa kali kamu jatuh, tetapi Dia nak lihat berapa kali kamu bangkit”.

“Daripada Anas r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah subhanahu wata’ala telah berfirman: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemuiKu di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula”. ~diriwayatkan oleh Tirmizi dan beliau berkata: Ini adalah hadis hasan sahih.

Subhanallah, sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah lebih besar dan luas dari kemurkaanNya. Mengapa kita masih ingin berputus asa dari rahmat dan keampunanNya. Andai dihitung semua amalan kebaikan kita, nescaya tidak mampu untuk kita menempah syurgaNya di akhirat kelak. Mengapa? Amalan-amalan yang kita lakukan (amalan soleh), semuanya dilakukan dengan menggunakan nikmat yang diberiNya. Tidak ada satu pun milik kita.

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfaq baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang menahan kemarahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal”. ~surah Ali-‘Imran: 133-136

Allah mengajak kita untuk kembali kepadaNya. Disediakan seluas-luasnya keampunan dan rahmatNya untuk kita. Menyediakan sebesar-besar ganjaran buat kita. Tidak mahukah lagi kita pada apa yang Dia tawarkan itu??? Dia tidak sama dengan makhluk-makhlukNya. Dia berbeza amat dengan ciptaanNya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rebutlah keampunanNya selagi masih diberi peluang. Selagi nyawa dipanjangkan.

Ayuh kita perbaharui hubungan kita dengan Allah. Mulakan dengan taubat. Dengan taubat yang sebenar-benarnya. Selagi masih ada kehidupan, selagi itu kita mesti terus berusaha. Kehidupan adalah peluang untuk kita berusaha. Peluang yang diberikan untuk menjernihkan kembali hubungan denganNya, menambah bekalan dalam perjalanan menujuNya.

p/s: saya masih lemah. Penuh dengan kekurangan. Tetapi, adakah saya mahu terus dalam kelemahan ini? Sesungguhnya saya tidak menjumpai kegembiraan, kemudahan, kekuatan, ketenangan, kesenangan dan kelapangan melainkan dengan iman. Kecuali dengan iman, yang menjadi penggerak dalam hidup saya. Kecuali saya dalam pimpinanNya. Ketahuilah IMAN itu adalah fitrah dalam hati semua manusia. Ajakan ini adalah khusus untuk diri ini dan umumnya untuk yang membacanya. Saya mengajak diri saya terutama dan kalian untuk sama-sama mencari kenikmatan dunia dengan iman. Tidak ada melainkan dengan ia dan mulakanlah langkah dengan memperbaharui taubat kepadaNya. Saya tidak sempurna. Kadang-kadang lemah. Angkatlah saya tika itu. Kadang-kadang kuat. Pimpinlah saya tika itu. Kalian cermin saya.

Sunday, May 6, 2012

Wahai Jiwa, Mari Bangkit




-inni akhafullah-
Bismillahirrahmanirrahim

Semoga saat dirimu membaca tulisan ini, dirimu dalam keadaan tersenyum. Kerana Allah telah menghadirkan kembali rasa sayang serta KasihNya padamu dan menjalani hari – hari penuh lelah, merangkai senyum dalam keletihan.  Semoga suatu hari nanti dirimu dan “aku” boleh berhimpun  dalam suasana penuh cinta.



Nampaknya aku rasa rindu sangat untuk menyapa dirimu, untuk sebuah rasa rinduku padamu. Apa khabar agaknya dirimu hari ini? Dari tempat aku menulis ini, aku selalu berdoa dalam segenap hatiku, agar engkau di sana tetap teguh dalam keimanan, dan Allah tak pernah hentinya mencurahkan RahmatNya padamu. Ada suatu rasa untuk tidak bisa aku luahkan dihadapanmu, untuk dirimu, hanya kata-kata mampu aku susunkan. 



Seorang insan menyampaikan kata buat diri ini, aku tersentuh, bila 'itu' yang manusia kirim, hati berbisik meletakkan keyakinan, ada sesuatu yang lebih indah akan Allah kirim buat mereka yang terus usaha,sabar dan redha....

Ada sesuatu yang lebih indah, yang bakal Allah kirimkan buat dirimu yang terus berusaha, sabar dan redha…


Ujian itu boleh datang dan menggoncang kita. Kita boleh sedih, menggeletar, dan serabut. Tapi ujian tidak akan dapat mengapakan kita selagi kita memilih untuk berdiri… dan bergantung hanya kepada ILAHI.
Life is unpredictable but is acceptable to everyone…coz Allah just put you through everything you can bear it

Aku tak kuasa membendung butiran cinta bila merenungi semua ini.  Aku curahkan segenap rinduku pada Sang Pemberi Cinta, kerana aku tahu padaNya lah bermula rasa rinduku padamu. dan tak lupa sebait doa ku lantunkan di sepertiga malam ku itu, agar dirimu selalu dalam naunganNya.

Doaku untukmu, semoga ALLAH menjadikan hidupmu selancar air sungai yang lalu ke hilirnya, menenangkan hatimu menghadapi sebarang cabaran umpama tenangnya Awan di angkasa,
menceriakan hatimu seiring senyuman dibibirmu yang ikhlas, seceria hamba ALLAH yang mendapat nikmat daripadaNYA, mengekalkan hatimu sentiasa di jalan yang diredhai oleh Allah.


Untuk dirimu,
Banyak mata yang terbuka dan banyak pula yang terpejam memikirkan persoalan yang telah berlalu atau akan berlaku,tinggalkanlah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin Tuhan telah menolongmu, PERCAYALAH esok pun Dia akan tetap menolongmu, itulah pesan Imam al-Ghazali.


Aku tahu kamu kuat, sebab aku yakin, Allah takkan menyalahi firmanNya sendiri, Allah just put you through everything you can bear it. Keyakinan kepadaNya jangan disilap letak. Keyakinan itu bukan dibibirmu. Tapi tempatnya di hati. Dia MAHA BAIK kepada hambanya. Sesungguhnya nikmat Allah kepadamu terlalu banyak jika dibandingkan dengan keadaan yang dihadiahkan sekarang ini. Aku berkata dengan satu perasaan, iaitu sayang. Namun, sayangnya Allah kepadamu melebihi dan berganda-ganda dari sayangnya diri ini kepadamu.

AKu harap engkau selalu dalam kebaikan, jagalah selalu solatmu, tilawahmu, serta lisanmu. Sehingga para malaikat menyaksikan engkau sebagai hambaNya yang sempurna dalam keimanan. Dan aku harap pula agar engkau selalu menjaga akhlakmu di manapun engkau berada, serta kepada siapapun, kepada orang yang muda ataupun tua, bahkan kepada orang – orang yang membencimu sekalipun. Iya! bahkan kepada orang-orang yang membencimu, menyakitinya atau dia menyayangimu tapi dengan cara yang salah, sehingga dirimu tersakiti dengan kesakitan yang membuak-buak.


Seterjal apapun perjalanan yang kau tempuh, sepahit apapun kisah yang kau rasa. Ku mohon padamu, janganlah pernah berpaling dari CAHAYANYA.  Pandanglah orang yang berada jauh lebih pahit daripadamu, kerana banyak kisah yang terikat dalam hatiku, jika dibuka, pasti dirimu sendiri merasa terlalu bersyukur lantaran terlalu sedikit ujian Allah ini terhadapmu. Yakinlah, bahwa engkau tak pernah sendiri, Allah dengan segala kemurahanNya akan selalu membimbingmu, asal dirimu selalu menjaga waktu untuk selalu dekat padaNya. Selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia mendekatimu.



Berdoalah dengan “jiwa” dan “tubuhmu” . Semoga Allah membangkitkan jiwamu, menerangi hatimu, moga kau menemukan damai dalam hatimu, moga Allah dengan sifat kasihnya melepaskan belenggu, “membebaskan”, menguatkan dirimu, moga kau mampu melawan keraguan dan tegar menghadapi tentangan. Kerana  tiada satu pun dapat bersaing denganNya dihatimu.


Aku mencari  jiwa- jiwa yang  selalu terpancar cahaya keimanan untuk bersatu denganku. Aku bersyukur kerana Allah telah menghadirkan dirimu pada sepotong hidupku yang singkat ini. Sepotong kenangan indah bersamamu, mampu mencerahkan setiap langkahku… walaupun cukup dari jauh

Kata-kata ini ku tulis dengan hati yang bergetar. Setiap untaian katanya adalah kuntum – kuntum rinduku padamu. Aku menulisnya dengan perasaan yang sama agar saat suatu ketika nanti kita akan megucapkan janji – janji suci, bahwa kita akan bertemu kembali di tempat terindahNya, syurga firdaus. Semoga , saat kita tak bersama lagi. Hanya janji suci itulah yang menguatkan aku, mengiringi langkahku dalam merangkai cita –cita.


Sahabatku yang hatinya selalu terpancar cahaya Illahi, selalu ada ruang dihatiku untukmu, kerana kau telah terlebih dahulu membesarkan hatiku. Dan aku berharap semoga kita bertemu nanti walau di tempat dan waktu yang berbeza, namun masih ada cinta di sana.


Yang kerana Allah aku merindukanmu. Inilah kata-kata  yang ku tulis untukmu, ku tulis dengan hati yang ikhlas, dengan jiwa yang basah. Semoga setelah engkau membacanya, ada perasaan yang aku cuba menguatkan dirimu. Hanya kata dan doa. Dan semakin semangat pula ikhtiar kita menuju jalanNya. Semoga Allah menghimpun kita di taman – taman surganya, seperti janji suci yang telah kita ikrarkan.


Saturday, May 5, 2012

Dunia ini hanya RnR

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. (Riwayat Al-Bukhari)

.


Huraian Hadith:
1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.

2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya
Perjuangan itu pahit, tapi syurga itu manis 
يَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا مَتَـٰعٌ۬ وَإِنَّ ٱلۡأَخِرَةَ هِىَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."
 (Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 39) 
Iluvislam

Monday, April 30, 2012

Mengapa Terkadang Aku Alim, Terkadang Aku Zalim.

Kekuatan Dalam Kelemahan



Abdullah Ibn Amr r.a meriwayatkan dari Nabi s.a.w:-
“Bagi semua amalan itu ada masa kesungguhannya…”
Dalam hidup ini, ada masa kita amat suka lakukan kerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
“Bagi setiap kesungguhan itu akan ada masa lemahnya…”
Emosi atau semangat manusia akan ada turun naiknya. Macam mana kita bersemangat tinggi pun, rasa lemah tetap akan hadir.
“Siapa yang masa lemahnya dia balik kepada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk..”
Dalam keadaan lemah, dia masih terikat dengan amalan yang baik. Dia kembali kepada ajaran Nabi dan pengharapan kepada Tuhan. Dia tak rasa putus asa.
“Siapa yang lemahnya dia tidak kembali kepada sunnah (dia pergi kepada selain dari itu), maka dia rosak”
Jika seseorang berputus asa, maknanya dia telah menjadi seorang yang pesimis dalam hidup dan kepada Tuhan. Dia hampa, lari dan cuba menjalani hidup dengan perkara yang tidak membawa manfaat kepada dirinya.

…………………………………
Masa lemah adalah masa untuk kita terduduk mempersoal perlakuan kita.
Betulkah apa yang aku buat?
Adakah apa yang aku usahakan selama ini sia-sia?
Mengapa orang lain berjaya, tapi usaha aku masih tak sampai ke mana?
Kemana arah hidup aku sebenarnya?
Tak larat dah dengan semua ujian ni, silap kot aku buat ni?
Pertanyaan-pertanyaan yang menampakkan seseorang itu hamba yang perlukan pertolongan dan jalan keluar.
Untung orang yang sederhana amalannya tapi sentiasa konsisten melakukan kebaikan.
Perubahan, memperbaiki diri, gerak kerja, sumbang bakti, kesukarelaan, taubat atau apa saja yang kita usahakan dan kita sedang diuji, mohonlah Tuhan memperkuat jiwa kita untuk sentiasa kembali kepada pangkuanNya.
Jangan kecewa dan jangan keluar dari Sunnah Nabi kita.
“Bagi setiap amalan itu ada masa kesungguhannya. Bagi setiap kesungguhan itu akan ada masa lemahnya. Siapa yang masa lemahnya dia balik kepada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk. Siapa yang lemahnya dia tidak kembali kepada sunnah (dia pergi kepada selain dari itu), maka dia rosak”
(Riwayat Imam Ahmad)

………………….
*Rujukan kuliah Dr Asri Zainal Abidin http://www.youtube.com/watch?v=-bKCw7zZSZU Mengapa Terkadang Aku Alim, Terkadang Aku Zalim.