ANAKKU,
Tabahkan diri dalam perjuangan..
Pasakkan jiwa hanya pada yang Esa..
Dalam diri yang penuh resah..
Allah sentiasa di sisimu..
Kasih Allah tiada sempadan..
Rahmat Allah tiada putusnya..
Tika kau lemah, Ibu ingin melihatmu kuat..
Kerana kau daie yang berjuang..
Jangan rebah kerana lemah..
Tapi, rebahlah dalam ertikata syahid..
Jangan menang kerana dusta..
Tapi menanglah dalam ertikata mujahid..
Ibu menyayangimu anakku..
Ibu ingin melihat kemenangan yang haq..
Kerana pada dasar itulah yang dinilai Allah..
Kuatkanlah diri pada sebuah perjalanan..
Di sini hanyalah persinggahan sementara..
Ladang tempat tuaian..
Ibu ingin kita bersama di jannah kelak..
Maka, kentalkan qalb pada perjuangan Islam..
ANAKKU,
Hanya ilmu yang dapat ayah wariskan..
agar kefaqihan menjadi resapan..
Ingatlah pada kalam yang sering ayah titipkan..
" لا حول ولا قوة الا بالله"..
Taqarrubmu dengan Allah menjadi kekuatan..
Ayah sentiasa mendoakanmu..
Ayah menanti kejayaanmu..
Pada sebuah keperitan..
Ayah ingin melihat kemanisan hakiki..
Yang terpancar pada langkah seorang pejuang..
Teruskan dalam keyakinan dan ketabahan..
Menapaklah dalam keredhaaan dan lindunganNya..
Bukan harta yang diimpi..
Namun redha yang dikejar..
Jangan lemah pada sebuah kegagalan..
Jangan resah pada sebuah perjalanan..
Ingatlah pada janji-janji Alah.
Kau pembawa amanat Allah..
Takhlifat yang terbeban bukan mainan..
0 comments:
Post a Comment