“Saya baca, awak ikut ye?”
“Baik”
Alif Laaam Miiiiim….
Alif Laaam Miiiiim….
Dza Likal Kitabula Raiba Fih….
Dza Likal Kitabula Raiba Fih….
Hudallil Muttaqin….
Hudallil Muttaqin….
”MAKSUDNYA, ikut jugak apa yang saya bacakan ye?”
”Baiklah.”
Alif Laaam Miiiiim….
Alif Laaam Miiiiim….
Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya…
Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya…
Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…
Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…
Alhamdulillah. Selesai pelajaran al-quran kita buat hari ini. Biarlah sedikit, tapi kita cuba cari makna disebalik ayat-ayat Allah tersebut. Supaya Al-Quran bukan sekadar menjadi buku mentera dan ’kitab suci’ semata-mata, tetapi berfungsi sebagai PANDUAN yang SEBENAR-BENARNYA kepada seluruh umat manusia ’yang mencari tuhan’ tidak kira Islam atau bukan Islam. Kita teruskan menghayati Al-Quran dengan menanyakan soalan-soalan tersebut kepada diri dan rakan-rakan kita.
”Boleh tak awak jaga solat lima waktu lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak ikut setiap apa yang nabi buat dan tinggalkan segala apa yang nabi tak pernah buat lepas awak baca ayat ni?”
”Boleh tak awak tutup aurat elok-elok lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak jangan bercouple atau pegang tangan lelaki perempuan bukan muhrim lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak berhenti merokok lepas baca ayat ni?”
Jawapan yang popular,
”Alah, nantilah… BELUM SAMPAI SERU”
Alangkah senangnya mulut berbicara. Menjawab segala pertanyaan manusia, apabila ditanya bila kita mahu menyempurnakan segala perintahNYA…
Jika kita renungkan….
Jika kita fikirkan….
Jika kita fahamkan….
Kenapakah Allah mengatakan Al-Quran : adalah
HUDALLIL MUTTAQIN?
Kenapa tidak HUDALLIL MUNAFIQIN?
Kenapa tidak HUDALLIL MUSYRIKIN?
Kenapa PETUNJUK kepada orang yang bertaqwa?
Ya, Al-Quran adalah petunjuk kepada orang yang bertaqwa.
Bukan kepada orang munafik,
Bukan juga kepada orang kafir.
Jadi, soalan-soalan tadi?
Arahan dan perintah Allah ini…
tidak akan dapat dilakukan,
tidak akan dapat dituruti,
tidak akan dapat dipatuhi,
jika perasaan takut dan berharap padaNya tidak disemai didalam dada.
Al-Quran
tidak akan menjadi petunjuk kepada orang yang tidak beriman kepada Allah.
Al-Quran
tidak akan menjadi hidayah kepada orang yang tidak takut/bertaqwa pada Allah.
Surah Al-Israa’ 17:9.
Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar
Oleh itu marilah kita bersama-sama membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dengan rasa takut dan gentar pada Allah S.W.T terlebih dahulu.
Bersihkanlah hati dari segala kemahuan kita, sebelum kita membaca apa kemahuan DIA.
Lapangkanlah hati dari segala kehendak nafsu kita, sebelum kita membaca dan menuruti kehendak dan perintah DIA.
Segala hukum tentang rokok, perempuan, harta yang haram, hiburan, aurat, dan semuanya tidak akan dapat dipatuhi kalau diri tidak merasa kerdil. Kalau diri tidak merasa ”hamba”, bagaimana mahu ”membaca surat arahan dari
tuannya?”
Allah menyukai hamba yang taat padaNya,
yang melakukan segala perintah dan suruhanNya,
walaupun dihina dan dicaci oleh manusia.
Sama-sama kita mengejar CINTA-NYA,
Dengan meleburkan nafsu kita,
Memekakkan telinga dengan kritikan manusia.
HIDAYAH TAK MUNGKIN DAPAT KALAU TAK DICARI.
PERUBAHAN TAK MUNGKIN TERJADI KALAU DIRI TAK BERUSAHA MEMULAI.
1 comments:
terusik jiwaku bila membaca post ini... Alhamdulillah..
Post a Comment