Thursday, May 24, 2012
7:35 PM
1 comment
Iman yang lemah?
by fathi ridhuan
Bismillahi walhamdulillah…
Iman fitrahnya menaik dan menurun,
bertambah dan berkurang, kuat dan lemah. Tetapi, jika ia menurun, berkurang dan
lemah maka jagalah diri dan hati agar tidak melakukan perkara-perkara yang
haram. Jauhilah diri dan hati dari perkara-perkara yang Dia haramkan. Itulah
kadar iman yang paling lemah.
Tidak dapat tidak, kita mesti
menguatkannya kembali. Merawatnya dengan segera. Ia (iman) adalah sumber utama
dalam hidup kita. Tanpa ia, tiada kegembiraan, tiada kelapangan, tiada
kesenangan, tiada ketenangan, tiada kekuatan dan tiada kemudahan yang kita
rasai dalam hidup.
“Jika kamu ingin memperbaharui hubunganmu
dengan Allah, maka perbaharuilah taubatmu”. ~Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna…
Iman lemah bermakna hubungan kita dengan
Allah juga lemah. Mahu kembali dekat denganNya? Mulakanlah dengan taubat.
Taubat yang sebenar-benarnya kepadaNya. Dan ikutilah ia dengan melaksanakan
perintahNya (yang wajib juga yang sunat) dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Kita adalah manusia bukan malaikat. Iman
kita juga menaik dan menurun, bertambah dan berkurang. Janganlah kita putus asa
dari rahmat dan keampunanNya. Andai jatuh, bangunlah kembali. Jatuh lagi,
bangunlah lagi. Jatuh lagi, bangunlah lagi. Jangan pernah berhenti. Sebanyak
mana kita jatuh, sebanyak itulah kita bangkit kembali. Kata abang Hilal Asyraf, “Allah
tidak lihat berapa kali kamu jatuh, tetapi Dia nak lihat berapa kali kamu
bangkit”.
“Daripada Anas r.a katanya: “Aku mendengar
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah subhanahu wata’ala telah
berfirman: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap
kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku
tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit,
kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak
Adam! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian
kamu menemuiKu di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan Aku dengan yang
lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula”. ~diriwayatkan
oleh Tirmizi dan beliau berkata: Ini adalah hadis hasan sahih.
Subhanallah, sesungguhnya keampunan dan
rahmat Allah lebih besar dan luas dari kemurkaanNya. Mengapa kita masih ingin
berputus asa dari rahmat dan keampunanNya. Andai dihitung semua amalan kebaikan
kita, nescaya tidak mampu untuk kita menempah syurgaNya di akhirat kelak.
Mengapa? Amalan-amalan yang kita lakukan (amalan soleh), semuanya dilakukan
dengan menggunakan nikmat yang diberiNya. Tidak ada satu pun milik kita.
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan
dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfaq baik di
waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang menahan kemarahan amarahnya dan
memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebaikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas
dosa-dosanya dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. Balasan
bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala
bagi orang-orang yang beramal”. ~surah Ali-‘Imran: 133-136
Allah mengajak kita untuk kembali
kepadaNya. Disediakan seluas-luasnya keampunan dan rahmatNya untuk kita.
Menyediakan sebesar-besar ganjaran buat kita. Tidak mahukah lagi kita pada apa
yang Dia tawarkan itu??? Dia tidak sama dengan makhluk-makhlukNya. Dia berbeza
amat dengan ciptaanNya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rebutlah
keampunanNya selagi masih diberi peluang. Selagi nyawa dipanjangkan.
Ayuh kita perbaharui hubungan kita dengan
Allah. Mulakan dengan taubat. Dengan taubat yang sebenar-benarnya. Selagi masih
ada kehidupan, selagi itu kita mesti terus berusaha. Kehidupan adalah peluang
untuk kita berusaha. Peluang yang diberikan untuk menjernihkan kembali hubungan
denganNya, menambah bekalan dalam perjalanan menujuNya.
p/s: saya masih lemah. Penuh dengan
kekurangan. Tetapi, adakah saya mahu terus dalam kelemahan ini? Sesungguhnya
saya tidak menjumpai kegembiraan, kemudahan, kekuatan, ketenangan, kesenangan
dan kelapangan melainkan dengan iman. Kecuali dengan iman, yang menjadi
penggerak dalam hidup saya. Kecuali saya dalam pimpinanNya. Ketahuilah IMAN itu
adalah fitrah dalam hati semua manusia. Ajakan ini adalah khusus untuk diri ini
dan umumnya untuk yang membacanya. Saya mengajak diri saya terutama dan kalian
untuk sama-sama mencari kenikmatan dunia dengan iman. Tidak ada melainkan
dengan ia dan mulakanlah langkah dengan memperbaharui taubat kepadaNya. Saya
tidak sempurna. Kadang-kadang lemah. Angkatlah saya tika itu. Kadang-kadang
kuat. Pimpinlah saya tika itu. Kalian cermin saya.
Sunday, May 6, 2012
4:43 AM
2 comments
Wahai Jiwa, Mari Bangkit
-inni akhafullah-
Bismillahirrahmanirrahim
Semoga saat dirimu membaca tulisan ini, dirimu dalam keadaan tersenyum. Kerana Allah telah menghadirkan kembali rasa sayang serta KasihNya padamu dan menjalani hari – hari penuh lelah, merangkai senyum dalam keletihan. Semoga suatu hari nanti dirimu dan “aku” boleh berhimpun dalam suasana penuh cinta.
Nampaknya aku rasa rindu sangat untuk menyapa dirimu, untuk sebuah rasa rinduku padamu. Apa khabar agaknya dirimu hari ini? Dari tempat aku menulis ini, aku selalu berdoa dalam segenap hatiku, agar engkau di sana tetap teguh dalam keimanan, dan Allah tak pernah hentinya mencurahkan RahmatNya padamu. Ada suatu rasa untuk tidak bisa aku luahkan dihadapanmu, untuk dirimu, hanya kata-kata mampu aku susunkan.
Seorang insan menyampaikan kata buat diri ini, aku tersentuh, bila 'itu' yang manusia kirim, hati berbisik meletakkan keyakinan, ada sesuatu yang lebih indah akan Allah kirim buat mereka yang terus usaha,sabar dan redha....
Ada sesuatu yang lebih indah, yang bakal Allah kirimkan buat dirimu yang terus berusaha, sabar dan redha…
Ujian itu boleh datang dan menggoncang kita. Kita boleh sedih, menggeletar, dan serabut. Tapi ujian tidak akan dapat mengapakan kita selagi kita memilih untuk berdiri… dan bergantung hanya kepada ILAHI.
Life is unpredictable but is acceptable to everyone…coz Allah just put you through everything you can bear it
Aku tak kuasa membendung butiran cinta bila merenungi semua ini. Aku curahkan segenap rinduku pada Sang Pemberi Cinta, kerana aku tahu padaNya lah bermula rasa rinduku padamu. dan tak lupa sebait doa ku lantunkan di sepertiga malam ku itu, agar dirimu selalu dalam naunganNya.
Doaku untukmu, semoga ALLAH menjadikan hidupmu selancar air sungai yang lalu ke hilirnya, menenangkan hatimu menghadapi sebarang cabaran umpama tenangnya Awan di angkasa,
menceriakan hatimu seiring senyuman dibibirmu yang ikhlas, seceria hamba ALLAH yang mendapat nikmat daripadaNYA, mengekalkan hatimu sentiasa di jalan yang diredhai oleh Allah.
menceriakan hatimu seiring senyuman dibibirmu yang ikhlas, seceria hamba ALLAH yang mendapat nikmat daripadaNYA, mengekalkan hatimu sentiasa di jalan yang diredhai oleh Allah.
Untuk dirimu,
Banyak mata yang terbuka dan banyak pula yang terpejam memikirkan persoalan yang telah berlalu atau akan berlaku,tinggalkanlah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin Tuhan telah menolongmu, PERCAYALAH esok pun Dia akan tetap menolongmu, itulah pesan Imam al-Ghazali.
Aku tahu kamu kuat, sebab aku yakin, Allah takkan menyalahi firmanNya sendiri, Allah just put you through everything you can bear it. Keyakinan kepadaNya jangan disilap letak. Keyakinan itu bukan dibibirmu. Tapi tempatnya di hati. Dia MAHA BAIK kepada hambanya. Sesungguhnya nikmat Allah kepadamu terlalu banyak jika dibandingkan dengan keadaan yang dihadiahkan sekarang ini. Aku berkata dengan satu perasaan, iaitu sayang. Namun, sayangnya Allah kepadamu melebihi dan berganda-ganda dari sayangnya diri ini kepadamu.
AKu harap engkau selalu dalam kebaikan, jagalah selalu solatmu, tilawahmu, serta lisanmu. Sehingga para malaikat menyaksikan engkau sebagai hambaNya yang sempurna dalam keimanan. Dan aku harap pula agar engkau selalu menjaga akhlakmu di manapun engkau berada, serta kepada siapapun, kepada orang yang muda ataupun tua, bahkan kepada orang – orang yang membencimu sekalipun. Iya! bahkan kepada orang-orang yang membencimu, menyakitinya atau dia menyayangimu tapi dengan cara yang salah, sehingga dirimu tersakiti dengan kesakitan yang membuak-buak.
Seterjal apapun perjalanan yang kau tempuh, sepahit apapun kisah yang kau rasa. Ku mohon padamu, janganlah pernah berpaling dari CAHAYANYA. Pandanglah orang yang berada jauh lebih pahit daripadamu, kerana banyak kisah yang terikat dalam hatiku, jika dibuka, pasti dirimu sendiri merasa terlalu bersyukur lantaran terlalu sedikit ujian Allah ini terhadapmu. Yakinlah, bahwa engkau tak pernah sendiri, Allah dengan segala kemurahanNya akan selalu membimbingmu, asal dirimu selalu menjaga waktu untuk selalu dekat padaNya. Selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia mendekatimu.
Berdoalah dengan “jiwa” dan “tubuhmu” . Semoga Allah membangkitkan jiwamu, menerangi hatimu, moga kau menemukan damai dalam hatimu, moga Allah dengan sifat kasihnya melepaskan belenggu, “membebaskan”, menguatkan dirimu, moga kau mampu melawan keraguan dan tegar menghadapi tentangan. Kerana tiada satu pun dapat bersaing denganNya dihatimu.
Aku mencari jiwa- jiwa yang selalu terpancar cahaya keimanan untuk bersatu denganku. Aku bersyukur kerana Allah telah menghadirkan dirimu pada sepotong hidupku yang singkat ini. Sepotong kenangan indah bersamamu, mampu mencerahkan setiap langkahku… walaupun cukup dari jauh
Kata-kata ini ku tulis dengan hati yang bergetar. Setiap untaian katanya adalah kuntum – kuntum rinduku padamu. Aku menulisnya dengan perasaan yang sama agar saat suatu ketika nanti kita akan megucapkan janji – janji suci, bahwa kita akan bertemu kembali di tempat terindahNya, syurga firdaus. Semoga , saat kita tak bersama lagi. Hanya janji suci itulah yang menguatkan aku, mengiringi langkahku dalam merangkai cita –cita.
Sahabatku yang hatinya selalu terpancar cahaya Illahi, selalu ada ruang dihatiku untukmu, kerana kau telah terlebih dahulu membesarkan hatiku. Dan aku berharap semoga kita bertemu nanti walau di tempat dan waktu yang berbeza, namun masih ada cinta di sana.
Yang kerana Allah aku merindukanmu. Inilah kata-kata yang ku tulis untukmu, ku tulis dengan hati yang ikhlas, dengan jiwa yang basah. Semoga setelah engkau membacanya, ada perasaan yang aku cuba menguatkan dirimu. Hanya kata dan doa. Dan semakin semangat pula ikhtiar kita menuju jalanNya. Semoga Allah menghimpun kita di taman – taman surganya, seperti janji suci yang telah kita ikrarkan.
Saturday, May 5, 2012
10:49 AM
1 comment
Dunia ini hanya RnR
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. (Riwayat Al-Bukhari)
.
Huraian Hadith:
1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.
2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.
3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya
Perjuangan itu pahit, tapi syurga itu manis
يَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا مَتَـٰعٌ۬ وَإِنَّ ٱلۡأَخِرَةَ هِىَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."
(Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 39)
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."
(Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 39)
Iluvislam