Allah Allah Allah

♥ .“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An'am : 162)♥

Syahadah

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.

Subhanallah!

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Albasri

Alhamdulillah!

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Allahuakbar!

Tuhanku...bintang-bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu.mengintai kasih di perdu rindu... ~Rabiatul Adawiyah~

Sunday, February 27, 2011

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Sunday, February 20, 2011

setiap dugaan ade hikmahnya

alhamdulillah..(singapore)

as salam..

alhamdulillah, asrar diberikan nikmat keshntn dan masa untuk spent dis week ke singapore.
alhamdulillah, diberikn juga kesemptn untuk terus hidup berjuang dan selamt kembali dari singapore..
alhamdulillah, dpt asrar lihat dan mendpt pengajarn yg amat bernilai di sana..

singapore negara yg strategik, smart, terbaik, kreaatif..honestly speaking, bg pendpt asrar, negara mereka lebih bttr dr ngara kite dr segi kebersihn, design building, susun atur bandarnya dan len2..
tp yg mendukacitakn nya ialah?..agak2 ape ye?

sosial nya..sgt mendukacita kn..

masyallah, baru tiga langkah berjalan, asrar pening, bagaikn earthquake, bergoyang bdn..
shbt2 rasa sbb ape??

budaya mereka yg terlallu extreme.bercumbuan di public, perempuan semuanya seksi2 xkire kaum, susah ntok mencari kelibat muslimah, hanya kelihatan dimasjid...masyallah,.bahaye2.

Allah swt itu maha adil, ade kelebhn,maka ade juga kelemahan nya.
hidup itu berhikmah..

kesimpulanya, asrar gembira dpt jejakkn kaki ke sana, mencari nilai pengajaran yg berharga, dan menikmati keindahan allah dr segi nikmat ilmu yg kurniakn pd org2 disana dan panorama..

tertimbul sedikit sbyk dlm diri ini, untuk mengembara, insyallah , jika ade kesemptn, ke China pula cuti sem ini..

sedikit sbyk gambar2..
mercu tanda singapore

indah kn?

=)

masyallah..

Monday, February 14, 2011

Ya Rasulullah

Ya Rasulullah, ya habiballah, tak prnah kmi tatap wjahmu,
Ya Rasulullah Ya Habiballah kami Rindu pd mu
Alangkah indahnya hidup ini andai dapatku dakap dirimu,tiada kata y dapat aku ucapkan ,
hanya Tuhan sahaja y tahu.Ku tahu cintamu kpd Umat, Umati, Umati,
Kutahu bimbangnya kau tntang kmi,Syafaatkan kmi.

Alangkah indahnya hdup ini andai dptku tatap wjahmu, kn pasti mngalir air mataku kerna pancaran ketenanganmu, alangkah hidup ini andai dpt ku kucup tanganmu,moga mngalir kberkatan dlm diriku u mngikut jejak langkahmu,
sakit ini, hanya seketika..Ya Allah, permudahkn lah kami..

Sunday, February 13, 2011

Bila baju melayu bertemu baju kurung. (part 1)

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah)"
(51:49)


Bismillahirrahmanirrahim.

As salam,
Harini telah berlangsung suatu program yg asrar kira sebagai program yg amat bermanfaat, terutamanye pada remaja kini. Alhamdulillah, asrar dan beberapa shbt asrar diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk turut serta dalam forum tersebut.Insyallah asrar kongsikn seberapa banyak..
sebelum asrar mula..
agak2 shbt2 boleh meng"agak" tak maksud tersirat disebalik tema ini sebelum asrar mula berceloteh?..

sebenarnya itu adlh tajuk forum yg asrar telah hadiri pgi ini..forum ini alhamdulillah dihadiri oleh pakar2 panel yg ilmunya masyallah, asrar kira suatu yg asrar amt kagumi, dari segi kepetahanya,dari segi huraianya,nasihatnya.. subhallah..

moga2 ilmu yg asrar dpt bukn hanya untuk pengetahuan asrar sahje, tapi asrar mampu lakukn dan aplikasikan ia.Insyallah..

ahli2 panel yg asrar maksudkn adalah Ustaz Sarip Adul dan Puan Fatimah Syarha.
forum ini mengingkap maksud cinta dalam islam, nilai nya, caranya, dan tangungjawab nya..


" cinta itu fitrah manusia,
fitrah yg boleh jadi fitnah, fitrah yg boleh jadi anugerah "
-Fatimah syarha


Agama islam menyalurkan cinta (fitrah) kepada jalan yang betul, yang mengikut syariatnya, melalui saluran2 yg benar, maka indah cinta itu,Anugerah lah ia pd kita..Cinta yang diredhai Allah, yang diberkatiNya..Masyallah..

Tapi, bila kite menggunakn pd saluran yg salah, menjadi hamba pd nafsu, sanggup berkorban apa sje, demi menjaga hati si dia,maka kemanakh cinta itu sbrnya?..ke arah fitnah..nauzubillah..

lihat shja pada malam pertama fatimah az-zahra dan Saidina Ali,
fatimah memberitahu bahwa dia pernah meminati seseorang seblum kahwin dgn Ali, lalu Ali bertanya "adakah engkau menyesal berkahwin dgn ku?..maka jawab fatimah, "tidak, sbb abang lah lelaki itu..."

saksikan shbt2, indah cinta itu..Tapi indahnya, romantisnya hanya pd jalan yg bersandarkn Allah swt, bersandarkn syariat2 yg dibenarkn.. pada yang Halal bg kita..

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)

p/s: alhamdulillah, asrar rasa cukup dlu stkt ini pekongsian, part 2 insyallah bakal menyusul..
moga-moga ALLAh permudahkan segala urusan dlm menangani mslh hati..


Thursday, February 3, 2011

-bisik seorang teman-

gambar sekadar hiasan

kalau dulu ku tahu nikmat iman itu sgt manis.semanis madu...
sudah lama ku titipkan dalam hati ini dgn cara Islam..
sudah lama ku sarungkan kaki ini dengan sarung stokin yg comel...
agar tidak nt aku berpijak di atas landasan api yg panas kelak..

andai ku tahu bertapa selamatya bertudung labuh...
sudah lama ku jadikan tudung yg berkain jarang itu..bukan dr sebahagian jemuran di ampaian..
bila ditiup angin...terbang entah ke mana
habis mengundang bencana..

kalau ku tahu permata dan berlian itu indah
indah dipandangan mata hingga mengundang petaka
sudah lamu ku jadikan tudung yg bertahtahkan permata n berlian itu sebagai..pengalas meja...bukannya menjadi p'lengkap m'singkatkan lagi hingga menampakkan yg tak sepatutnya..subhanallah..

andai ku tahu bunga mawar itu cantik..
mudah menjadi panahan lelaki..
kelak membinasakan diri..
seharusnya aku harus menambahkan duri2 mawar
agar tidak mudah aku terjebak dgn londakan nafsu...
agar tidak mudah daki-daki kotor berpaut pd pautan itu..

-iman adalah p'lengkap kehidupan...

Tuesday, February 1, 2011

Recent archaeological

Another “reminder” revealed..


SubhanAllah. [55.13] Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered skeletal remains of a human of phenomenal size.


This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter, or in Arabic, 'Rab-Ul-Khalee'. The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since.


cid:1.691573685@web51505.mail.re2.yahoo.comcid:2.691573685@web51505.mail.re2.yahoo.com


These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed.

cid:5.691573685@web51505.mail.re2.yahoo.com


cid:7.691573685@web51505.mail.re2.yahoo.com


cid:10.691573685@web51505.mail.re2.yahoo.com

Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton.


ana 21..tpi ape yg telah ana bwat untuk islam.?

Remaja, pemuda, kamu ini apa? ~ picture by Tengku Muhammad Fahmi.

Remaja, pemuda, kamu ini apa? ~ picture by Tengku Muhammad Fahmi.

Artikel ini mungkin khusus buat remaja. Tetapi saya kira, efeknya kena pada semua.

Berbicara mengenai umur. Umur kita.

Bagaimanakah kita memandang umur kita?

Rata-rata remaja, terutama belasan tahun, dan awal 20-an(pemuda) memandang usia mereka ‘muda’. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, melakukan sesuatu yang besar, maka jawapan-jawapan seperti berikut akan melintas:

“Aku baru 18 tahun,”

“La, aku ni baru 20 tahun,”

Terasa muda kan? Baru. Seakan ada banyak masa lagi untuk dilengahkan, ada banyak waktu lagi untuk dibazirkan. Tetapi siapakah remaja yang apabila umurnya mencapai 18 tahun, berkata:

“Aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini. Aku?”

Apabila umurnya sampai kepada 21 tahun:

“Aku sudah 20 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstantinopel pada umur 22/23, aku ada setahun sahaja lagi untuk menyaingi dia.”

Terasa tua. Terasa sedikitnya masa. Terasa kematangan itu sepatutnya lebih dari apa yang telah diusahakan. Terasa sepatutnya dirinya lebih serius menggunakan umur yang ada. Terasa sepatutnya dia berusaha lebih keras dan tegas bukan bermain-main dengan dirinya.

Di manakah kita? Baru atau sudah?

Sama-sama muhasabah.

Virus yang melekat pada remaja&pemuda

Virus kefahaman, yang menyatakan bahawa masa muda adalah waktu libur bagi insan, memang telah menyerap masuk ke dalam jiwa manusia hari ini.

Maka dilihat bahawa umur mudanya, yang saya pun tak pasti setakat mana muda itu hendak dihitung, adalah untuk dihabiskan dalam keseronokan.

Akhirnya terhasillah pemberontakan apabila diajak serius untuk menghadapi kehidupan, muncullah rasa benci apabila diajak untuk matang dalam memikirkan permasalahan ummat, dan melarikan diri apabila diajak untuk mengikuti proses mengislah diri dan masyarakat.

“Aku baru 17 tahun lah.”

“Aku baru 21 tahun.”

Kita rasa muda. Masih banyak masa. Bukan waktunya bersusah payah. Bukan masanya berpenat lelah. Bukan tikanya membanting tulang. Bukan saatnya memerah otak berfikir untuk ummat. Belum sampai waktu untuk serius. Belum tiba waktu untuk matang.

Kita masih ingin bermain-main. Melalui hidup sebagai ‘remaja’.

Sedangkan, yang ditunjukkan kepada kita adalah sebaliknya

Sedangkan, kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu libur dan sambil lewa tidak pula ditunjukkan oleh Abdullah ibn Umar RA.

Beliau telah duduk di tengah-tengah majlis Rasulullah SAW bersama-sama orang tua yang lain, saat usianya masih teramat muda. Dilihat selepas itu beliau adalah yang paling bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah SAW hingga diriwayatkan, beliau berusaha untuk memijak di mana tapak-tapak kaki Rasulullah SAW berpijak ketika berjalan. Beliau pernah pergi ke pasar, semata-mata untuk menyebarkan salam, salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Akhirnya apakah yang berlaku kepada Abdullah ibn Umar RA ini? Beliau menjadi rujukan ummat. Bahkan para sahabat pernah mencalonkan beliau sebagai calon terbaik untuk menggantikan ayahandanya, Umar Al-Khattab RA. Sedang usianya adalah usia pemuda ketika itu.

Adakah agaknya, pernah wujud di dalam dirinya perasaan: “Aku baru berumur sekian, aku tidak sepatutnya bersusah payah untuk melakukan itu dan ini.”?

Kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu untuk leka-leka dan tidak mengambil berat akan kehidupan, tidak pula ditunjukkan oleh Usamah bin Zaid RA.

Sedangkan, beliau baru sahaja berusia 18 tahun ketika diangkat oleh Rasulullah SAW sebagai jeneral perang menentang Rom ketika itu. Tidak pula dia menyatakan: “Aku baru 18 tahun ya Rasulullah.”

Bahkan, mengikut sejarah, beliau telah hendak menerjunkan dirinya ke medan Uhud, tetapi Rasulullah SAW melarang kerana usianya masih terlalu kecil ketika itu. Dan akhirnya pada usianya 15 tahun, dia mula berperang di sisi Rasulullah SAW, dan Usamah bin Zaid RA adalah antara yang tidak terganggu dengan serang hendap pada Perang Hunain, menjadikan dia dalam golongan yang sedikit dalam mempertahankan Rasulullah sebelum tentera muslimin bersatu semula ketika itu. Pastinya, ketika itu usianya lebih muda daripada 18 tahun.

Bagaimana?

Dan kita jenguk sebentar Sultan Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 22 atau 23 tahun ketika menawan Konstantinopel. Sedangkan dia masih muda, dan dia juga mengetahui bahawa Konstantinopel tidak pernah ditembusi oleh sesiapa semenjak 800 tahun sebelumnya. Mengapa dia, seorang sultan, masih muda, tidak berlibur dan bersenang lenang sahaja di dalam istana?

Sebab Sultan Muhammad Al-Fateh tidak menganggap dia ‘baru 22 atau 23 tahun’. Tetapi dia merasakan, dia ’sudah 22 atau 23 tahun’. Masa untuknya semakin sedikit. Sedang dia tidak tahu bilakah Konstantinopel baru boleh dijatuhkan. Maka dia perlu berusaha keras, bersegera mendapatkan kemenangan.

Tidakkah kita memerhatikan?

“Mereka itu tidak boleh kami ikuti!”

Beberapa remaja menempelak sedemikian.

Tidak, saya pun bukannya nak suruh kamu turun berperang mengangkat senjata. Atau duduk di dalam majlis ilmu para ulama’. Tetapi saya ini, ingin mengajak diri saya dan diri kita semua, untuk melihat kita di atas medan kita. Kita dan tanggungjawab kita.

Kita adalah siapa? Remaja. Pemuda. Tetapi bukan remaja dan pemuda biasa. Remaja dan Pemuda Islam. Maka apakah sepatutnya kita lakukan di dalam hidup? Walaupun kita mungkin tidak boleh mengangkat senjata seperti mereka, turun di medan perang seperti mereka, duduk di dalam majlis ilmu para ulama’ seperti mereka, bukankah kematangan, keseriusan, itu mampu kita bina? Disiplin dalam menjalani hidup dan tidak mengisinya dengan perkara-perkara yang lagha(melalaikan) lagi merosakkan, bukankah itu mampu kita lakukan?

Bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kualiti diri, menjadi hamba Ilahi yang terbaik, memenuhi sifat-sifat mukmin, cuba menjadi mukmin yang proaktif, yang mampu memberikan sumbangan kepada Islam dan sebagainya.

Itu mampu kita lakukan.

Bagaimana?

Atau kita sekadar tetap merasakan bahawa usia muda untuk liburan semata?

Penutup: Hari tua itu, mungkin tidak menjengah. Kalau menjengah pun, apakah kita berkualiti?

“Nanti tua la baru fikir semua benda ni.”

“Nanti bila dah besar sikit lagi, baru la serius.”

Hem. Yakah?

Bagaimana kalau hari tua itu tidak datang? Maksud saya, kita mati sebelum sempat merasa ‘tua’?

Dan bagaimana ya, kalau masa muda kita bermain-main, adakah masa tua nanti kita mampu menjadi satu peribadi yang berkualiti? Sekiranya masa muda kita habiskan dengan liburan, apakah benar masa tua nanti kita akan menjadi seorang yang mempunyai kekuatan? Saya bukan kata mustahil. Tetapi saya tidak lihat ramai yang mampu menjadi demikian. Sebab? Sebab masa mudanya, dihabiskan dengan membina ‘dasar kelemahan’ yang mana dasar ini tidak mampu dijadikan tapak pembinaan peribadi yang berkualiti.

Kamu umur berapa sekarang?

Apa yang telah kamu sumbangkan kepada Islam?

Satu soalan.

Tahukah kamu, apakah umur kita yang Allah kira?

Umur yang telah kita habiskan di atas jalanNya. Selain itu, tidak ada maknanya.

Agak-agak, berapa tahun umur kita di sisi Allah SWT?

Kamu umur berapa sekarang?

Baru 21 tahun?

Atau sudah 21 tahun?

(21 tahun adalah umur saya sekarang. Menyoal diri sendiri. Untuk anda, boleh pilih umur masing-masing.)


Hilal Asyraf( http://ms.langitilahi.com )