"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu.
Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan"
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Satu masa ketika Rasullullah SAW berada di Madinah, beliau pernah bersabda kepada Imam Al...
Muhasabah diri
"Aku menasihati diriku yang aku adalah seperti sepacal binatang.. yang sangat hina dan aku katakan pada hatiku. Islam tidak memerlukan aku, tetapi aku yang memerlukan islam dalam hidupku.
Kemudian aku berkata pula pada rohku, ketahuilah roh yang hina, sebenarnya kita tidak akan bahagia di dunia ini jika tiada kasih sayang dariNYA, bersyukur dan bersabarlah, ALLAH sentiasa dengan kita wahai rohku..
Wahai roh yang hina, kita punya matlamat.. Kita mesti teruskan perjuangan ini walaupun ku tahu begitu sakitnya menangung segalanya.. tapi matlamat kita adalah Redhanya..manalah tahu kita adalah pencinta yang MAHA SATU.."
Aku TIDAK PANDAI menulis dengan jari, maka aku menulis dengan HATI,..aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku BERUSAHA berbahasa TAKWA..menulis bukan untuk mengkayakan BAHASA tapi menulis untuk melakar IMAN didalam jiwa..
Biarlah sekalipun kita tidak TIDAK HEBAT menulis,..yang penting setiap ILMU yang disampaikan terus ditulis, menulislah sesuatu yang PERLU,..jangan menulis mengikut mahu, apabila kita sentiasa MANFAATKAN sesuatu yang ada disisi, secangkir pena sekalipun banyak memberi ERTI kepada yang memerlukan
Palestina
"Mata hatiku akan terus bercahaya dengan cahaya iman jangan ada yang berani menghalang..pasti menyesal di kemudian hari..kerana mata hatiku dijaga oleh MAHA PENJAGA.. Menderitalah bagi yang tidak mahu memahami..kerana aku adalah impian firdausi.."
"kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan kami telah menjadikan berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal-mengenal, sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taQwa di antara kamu" [surah al-hUjaRat:13]
"Ya Allah. Engkau tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta padaMU, telah berjumpa dalam taat padaMU, telah bersatu dalam dakwah padaMU, tlah berpadu dalam membela syariatMU, teguhkanlah
Ya Allah, ikatannya, Kekalkanlah cinta kasihnya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati tersebut dengan cahayaMU yang tidak pernah hilang.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan iman kepadaMU dan indahnya bertawakkal kepadaMU. Hidupkanlah hati ini dengan makrifat kepadaMU. Matilah ia dalam syahid di jalanMU.
Sungguh engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah kabulkanlah. Dan sampaikanlah selawat kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, kepada keluarga para sahabat baginda. AMIN."
1 comments:
np is?
Post a Comment