Thursday, June 10, 2010

hidup ini..

Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.

Ya allah Ya Robb..
aku bersyukur ats rezeki,nikmat yg xterhingga.. yang Engkau kurniakn..
Ya Allah..
Engkau peliharalah kedua ibu bapa ku, sesungguhnya
kejayaan ku ini..semata mata untuk mereka..
sesungguhnya, mereka lah pelangi hidupku.
Ku Pohon..
Engkau Peliharalah dirku, shbt2 ku, lectre ku, saudara2 ku
semga kami, sentiasa di dlm keberkatan mu
dunia dan akhirat.
Amin Ya Robb

0 comments: