Monday, February 25, 2013

Mengapa bercerai muda?





by Ustaz Emran.

Rumahtangga yang dibina oleh generasi muda hari ini banyak yang tidak berasaskan realiti dan dibangunkan atas dasar impian dan fantasi yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Sehingga apabila mereka bernikah masing-masing merasa kecewa kerana pasangan atau perkahwinan TIDAK SEINDAH YANG DISANGKAKAN.

Si lelaki berasa kecewa kerana isterinya tidak menjadi seperti bidadari yang dia selalu gambarkan. Masak tak pandai, layan atas katil macam tunggul, kulit yg disangka gebu ada kurap. Manakala si isteri pula mengadu bahawa suaminya tidak tahajjud tiap-tiap malam, tak membisikkan kata-kata cinta macam dalam filem dan novel serta tidak lembut dan peyayang seperti yang disangkakan.

Kegagalan mengurus 'Expectation' yang berbeza boleh mengundang kepada pergaduhan dan perceraian. Jasa novel-novel cinta yang khayalan, drama dan filem cinta karut, ustazah novelis yang tak praktikel banyak menyumbang kepada masalah ini.

Selain itu sikap tidak sabar dan pentingkan diri amat menebal dikalangan pasangan muda apabila masing-masing berkahwin dengan 'cara fikir' yang salah iaitu 'Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini' sedangkan sepatutnya yang dipegang ialah ' Apa yang akan aku sumbang dan manfaatkan dengan perkahwinan ini'.

Inilah masalah yang berlaku apabila masing2 hanya memikirkan kekurangan orang lain bukan dirinya sendiri. Si suami hanya fikir tentang kelemahan isteri dan si isteri hanya tahu menyalahkan suami krn tak tahu menjaga perasaan dirinya.

Kasihan...Itulah bezanya rumahtangga yg dibina kerana dunia dan rumahtangga yg dibina kerana akhirat!

----
 (edisi tiup habuk blog, puhhh...)
lepas ni baru start menulis  ^^,

3 comments:

Semoga Allah mengurniakan baitul muslim buat hambaNya yang ini.

Hmm. Bagaimana boleh diagak begitu? Nway, alhamdulillah. Hebat kurniaan penulisan Allah beri pd anda. Keep on writing keranaNya. InshaAllah bakal menyuntik hati hati yg dibuka Allah.