Satu masa ketika Rasullullah SAW berada di Madinah, beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talib mengenai LIMA WASIAT. Sabda baginda,
1. Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.
2. Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham .
3. Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah .
4. Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Surga.
5. Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu .
1. MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA:
Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUWALLAH HU AHAD....." sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.
2. BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM:
Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kali bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.
Hai Ali apabila engkau sebelm tidur membaca: "LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka'abah.
Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca: "LAA HAWALA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILALIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguh engkau telah menjaga tempatmu di Surga.
Hai Ali apabila engkau membaca: "ASTAGAFIRRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIEH" sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu.
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 .Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
-Nabi tidak tidur dalam kekenyangan.
-Baginda berbaring berlapikkan bantal,mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
-Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang.
-Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap.
pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
-mengikut cara tidur Nabi.
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara…
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.