Thursday, March 31, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Istikharah Cinta
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)
Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut
Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.
Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .
Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai jodoh yang menjadi misteriNYA.
Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah
Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin
Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.
Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan
http://akuislam.com/blog/renungan/diatas-hamparan-sejadah-istikarah-cinta/
Sunday, March 27, 2011
Mengisi waktu dengan amal..
- Tidaklah sama antara :
- Adakah di antara kita yang selama sehari semalam penuh menjadi seorang mukmin sejati?
- Bolehkah dan mampukah kita selama 24 jam tidak melakukan dosa dan bersikap kufur walau sekecil apapun kepada Allah Taala?
- Dengan apa kita menutup pintu fitnah?
- Kenapa?
- Mengapa kita mesti menyegerakan amal?
Thursday, March 24, 2011
Air yang terapung..
As salam, saudara2ku, ku pohon, hayati syair ini...
Saudaraku! Jadilah orang yang memerhatikan awan
bagaimana pada waktu petang ia berterbangan
Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut
Lalu matahari menguasai laut
untuk dibangkitkan wap air daripadaNya
Diangkat airnya ke atas
melepasi bukit bukau yang tinggi
Dan diliputinya udara sejuk
bagi memberhentikan kenaikanya ke langit
Sekiranya Dia mahu, dijadikan udara panas
maka kita tidak mendapat walau setitis hujan
Dia menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran
hujan turun selepas awan diperah
Tidak ada bukit bukau yang dapat menghalangnya
jika Dia mahu, hujan akan turun disebalik bukit bukau
Diciptanya yang lain seumpamanya, dan digerakkannya
dengan takdir-Nya, ia terus bergerak
Sekiranya ia melimpah dari langit sekaligus
manusia akan ditimpa kebinasaan yang cepat
Ini, apabila ia turun dalam bentuk curahan dalam sesebuah negeri
bagaimanakah jika dicurahkn air batu sebesar bukit?
Tetapi ia turun supaya berlembut ke atas kita....dalam bentuk titisan hujan
sebahagianya bertukar menjadi sungai-sungai
Sebahagianya diserap tanah
supaya ia menjadi penghalang segala makhluk
Tetapi bukan ditempat yang dalam sangat
memadai disimpan dalam bekas besar pada lapisan
Di dalam bekas daripada batu bata
ia dismpan untuk kemudahan bagi manfaat manusia
Lihatlah betapa hinanya pentadbiran
pentadbiran orang yang tidak mempunyai pemikiran?
Daripada berhala yang tuli atau tabiat semula jadi
yang taat pada Tuhannya?
Atau tiada keraguan sebenarnya, semuanya menjadi saksi
bahawa penjaganya adalah Tuhan Yang Satu
Berapa kalikah orang islam ditimpa kemarau
lalu mereka meniggalkan bebanan dan batu penghalang
Mereka meminta daripada Tuhan jalan keluar
lalu mereka berhak mendapat kejayaan dan mereka mendapat jalan keluar
Adakah kudrat alam atau berhala yang memakbulkannya?
atau Yang Maha Mendengar pelepas segala bala
sama2 kita fikirkn ya, daripada:
-Kitab tauhid,karya Abdul Majid Aziz Az-Zindani, fasal 6-
akhir kalam,
"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan"-Hilal Asyraf