Saturday, April 30, 2011
4:15 AM
No comments
JIHAD LANGKAHKU..
Ini langkahku...Terus melaju... Ini langkahku...Bangkitkan jihad...
Ini Langkahku yang kan kuayun...Walaupun payah tak akan jera..Ini langkahku kan trus melaju..Setegar karang bangkitkan jihadku..Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang...Hancurkan kedzaliman...Tegakkan keadilan..Pastikan langkahmu wahai pejuang..Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman..Hembuskanlah angin pembaharuan..Karena kita khalifaturrahman...
Ini Langkahku yang kan kuayun...Walaupun payah tak akan jera..Ini langkahku kan trus melaju..Setegar karang bangkitkan jihadku..Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang...Hancurkan kedzaliman...Tegakkan keadilan..Pastikan langkahmu wahai pejuang..Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman..Hembuskanlah angin pembaharuan..Karena kita khalifaturrahman...
Sunday, April 24, 2011
Friday, April 22, 2011
1:46 AM
1 comment
Alhamdulillah.. =)
as salam..
sehat semua??harapnya semua sehat2 belaka..insyallah

alhamdulillah, harini asrar diberi lagi kesempatan dan peluang untuk terus hidup bagi mencari bekalan di dunia yg sementara ini..
hidup ni..seperti seorang pengembara, jadi setiapp detik tuh, manfaatkan nya!
Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, ia berkata : “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memegang pundakku, lalu bersabda : Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara. Lalu Ibnu Umar radhiyallahu anhuma berkata : “Jika engkau di waktu sore, maka janganlah engkau menunggu pagi dan jika engkau di waktu pagi, maka janganlah menunggu sore dan pergunakanlah waktu sehatmu sebelum kamu sakit dan waktu hidupmu sebelum kamu mati”. [Bukhari no. 6416]
harini mcm2 pekara yg asrar buat..semua tak menjadi, dari pagi hingga ke petang..
..KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN..kan? :)

pelbagai masalah timbul dan disulami dgn berbgai dugaan..hinggakn hampir merangut nyawa..agak2 ape eh??
1. dihimpit lori hingga motor langgar divider..alhamdulillah sempat balancekn seblm kami (asrar dan kuda :D ) jatuh >.<
2. Hujan lebat yg amat sgt, xnampak ape langsng.dgn sejuknya.jalan banjir.fhm2 je lah
kalau mto dlm situasi cmtu..( tp cek redah je )..yg ade difikiran asrar hanyalah " nak balik cpt, nk stdy"
asrar tahu..mesti ade yg fikir, "kenapa lah xbehenti dulu, nyawakn lagi penting " ..
tapi itulah, asrar xterfikir langsung..yang bermain difikiran, nk stdy jeh =.='' ( maklumlah, final makin dkt.huhu )
mungkin Allah nk tegur asrar dari segi dugaan dan semua pekara yg diracng xmenjadi..ada hikmahnya
alhamdulillah sgt, mari muhasabah diri.. :)
bila Allah hendak menduga kita, Dia akan turunkan dugaan itu dalam dua bentuk, kesenangan dan kesengsaraan dan percayalah, bila Dia menurunkan ujian itu, maknanya Dia yakin kita boleh melaluinya atau memang mampu menggalasanya
La yukalli fullahu nafsan illa wu’aha
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Alhamdulillah sgt2 , perjanjian asrar dan pencipta asrar belum tamat.. byk lagi khilaf yg belum asrar betulkn..ilmu yg belum asrar dalami..dan perjuangan yg belum asrar sempurnakn..
dan jika mmg ditakdirkn ajal, asrar redha..:)
manfaatkn masa yg ada, dan fikirkn org yg tersayang
renung2kn dan selamat beramal!
p/s : harap2 xdemam, nk final ni..amin!. as salam
Wednesday, April 20, 2011
Tuesday, April 19, 2011
10:19 AM
No comments
Taubat Nasuha
Taubat nasuha ialah taubat yang murni di mana seseorang itu bertaubat daripada dosa yang dilakukannya dahulu atau sekarang. Mereka benar-benar menyesal dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Apa yang jelas sepanjang bulan Ramadan kita memohon keampunan Allah yang Maha Penyayang diikuti dengan amal soleh. Selain itu, kita juga dapat bermaaf-maafan dengan saudara seislam sepanjang menghadiri solat berjemaah di masjid dan surau.
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:
Maksudnya: “Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Berdasarkan ayat tadi, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha, maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:
Pertama: Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.
Kedua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.
Ketiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.
Ketiga-tiga syarat tadi adalah bagi dosa kita dengan Allah SWT, tetapi bagi dosa kita sesama manusia pula di tambah syarat yang keempat iaitu wajib memohon kemaafan sebagai cara bertaubat. Sekiranya salah satu syarat ini tercicir, nescaya tidaklah dinamakan taubat nasuha. Bagi mengawal tanda aras taubat nasuha ini, sesetengah ulama ada mengatakan bahawa hendaklah ditambah syarat kelima iaitu ikhlas kerana Allah SWT barulah ia lebih sempurna.















