" Cinta yang sebenar itu adalah hendak bersama ke syurgaNya,
apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya. "
apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya. "
Maha Suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.
Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.
Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.
Firman Allah s.w.t ..
”Dan di antara tanda-tanda (kebesaran )-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan tentram kepadanya. Dan Dia menjadikan di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sungguh yang demikian itu benar-benar terdapat tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum [30]: 21)
Fitrah itulah yang menjadikan manusia itu sebagai 'manusia'.
Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.
...
" ..Jika takdir bersilang, inshAllah kita kan ketemu.
Semoga Allah jua menjaga hambaNya yang itu... "
Semoga Allah jua menjaga hambaNya yang itu... "
....
2 comments:
Semoga hati hambaNya yang ini terpelihara dengan cinta yg diredhaiNya. Terus bermujahadah menjaga cinta.
bestnya dapat jumpa si dia yang memang untuk kita..hmm..
p/s: semoga anda berjumpa dengan separuh lagi jiwa anda dan terus kekal hingga ke akhirnya Amin...
Post a Comment