Akhir-akhir ini saya jadi
tertanya-tanya,
"Mengapa hati aku betul-betul tak
keruan?"
Semangat seolah terbang melayang.
Kelesuan menggugah jiwa.
Kemalasan meraja di hati.
Fikiran berkecamuk.
Ada sahaja yang tidak selesai.
Ada sahaja yang tidak kena.
Setelah diselesaikan, muncul masalah
baru.
Itu tandanya punca masalah tidak
diselesaikan
Saya tercari-cari mengapa.
Saya cuba bangkit namun mungkin tak
kena caranya.
Saya jatuh kembali.
Kita akan diuji dengan perkara yang
sama sehingga kita berjaya mengatasinya.
Teringat pesanan seorang sahabat.
Lantas saya teruskan mencari dan
mencari.
Kerana saya yakin pasti ada sesuatu di
balik semua ini
Lebih dari seorang sahabat saya tanya
dan meminta nasihat.
Laman-laman islamik saya lawati.
Ceramah-ceramah saya perdengarkan.
Tak kurang lagu-lagu motivasi saya
jadikan halwa telinga.
Sehingga akhirnya saya yakin bertemu
jawapannya.
Ketandusan CINTA.
Ya hati ini telah jauh dari cinta.
Api cinta telah padam.
Tiada lagi yang menerangi hati.
Tiada lagi kuasa cinta yang memberi
kekuatan.
Cinta yang bukan sembarangan.
Cinta yang menghidupkan insan.
Cinta agung.
Cinta Ilahi.
Saya memuhasabah diri.
Saat saya kuat.
Saat saya melemah.
Saat saya menjadi bersungguh-sungguh.
Saat saya kemalasan.
Saat saya menjadi sungguh ikhlas.
Saat saya merasa penat dan lelah.
Semuanya adalah tanda hubungan
kita dengan Allah.
Kedekatan dengan Allah
Keterikatan hati yang kuat dengan
Allah
Adalah sumber kekuatan dan ketenangan
bagi seorang mukmin
Keikhlasan juga lahir dari hati yang
dekat dan cintakan Allah
Cinta Allah adalah motivasi terbesar
dalam hidup
Allah yang menciptakan kita dan
memberikan segala kecukupan pada kita
Allah amat mencintai kita
Rugilah jiwa-jiwa yang ketandusan
cintaNya
Sungguh cinta ilahi itu amat
menyenangkan dan mendamaikan jiwa
Cinta kepada Ilahi membawa cinta
makhluk kepada kita
Raihlah cinta Ilahi sebelum cinta yang
lain.
Nescaya beruntunglah di dunia dan
akhirat.
Orang yang mencintai Allah, tiada rasa
runsing dan takut dalam dirinya
Kerana yakin Allah tidak pernah
meninggalkan kita
Apatah lagi curang kepada kita.
Dekat padaMu itulah arah yang ku tuju.
Walaupun jauh akan kutempuh
Walau jauh akan kugegas berlari
Walaupun sukar akan ku gagahi
Andai tersalah arah berikanku tanda.
Andai ku alpa berikan peringatan.
Marilah kita menghidupkan cinta Ilahi
dalam hati
Jangan risau cinta Allah cukup untuk
semua
Tiada lagi yang bergaduh berebutkan
cinta Allah
Kerana cintaNya tidak sama dengan
cinta makhluk
Namun cemburulah pada orang berusaha
meraih cinta Ilahi
Agar kita tidak menjadi orang yang
rugi dan melopong
Apabila di akhirat sana orang-orang
yang mencintai Allah
akan mendapat darjat yang lebih tinggi
Di manakah kita berada ketika itu??
dedication lagu untuk semua..
dari bumi stuttgart, german
#ok,gurau je..hu
#itu tempat impianku, doakan.
2 comments:
dari bumi stuttgart, german..
oke.. doa2 sambung master kt sne.. =)
susah atau malas untuk cari cinta Ilahi. banyaknya dugaan hidup kan. hmm.
Post a Comment