Monday, July 18, 2011

PANCARAN HATI BUAT PERINDU SYURGA

Ibnul Qayyim Rahimahullah mengatakan, " Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah sobekan yang tidak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah S.W.T. Di dalamnya juga ada sebuah keterasinagan yang tidak mampu diobati kecuali dengan menyendiri bersama Allah S.W.T. Di dalamnya hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah S.W.T dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak apai yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.


Ibnul Qayyim Rahimahullah juga pernah mengatakan, "Ketika orang lain bergantung kepda dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang lain pergi menghadap raja-raja dan pembesar2 mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul-betul mencintai Allah.


Ibnul Qayyim Rahimahullah juga mengetengahkan sebuah trilogi sikap dengan begitu indah. Katanya, " Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir. jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Kemudian terngadahkanlah tanganmu digerbang dan segeralah berkata, "Tolonglah, saya adalah orang miskin. Bersedekahlah untuk saya...!

IBADAH SEPENUH HATI-Amru Khalid

0 comments: