Allah Allah Allah

♥ .“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An'am : 162)♥

Syahadah

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.

Subhanallah!

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Albasri

Alhamdulillah!

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Allahuakbar!

Tuhanku...bintang-bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu.mengintai kasih di perdu rindu... ~Rabiatul Adawiyah~

Tuesday, October 7, 2014

Mahalnya harga masuk ke tandas sanggup kita bayar tapi..

Tengok ramai orang beratur isi minyak. Eh silap masuk simpang nak balik rumah..Cerita pada isteri yang berada di sebelah saya. Pernah saya bawa seorang alim datang dari luar negara pergi klcc..untuk gunakan tandas tulis RM 2.Dia terkejut dan kata hairan harga RM 2..mahal harganya..

Kata alim itu begitulah bernilainya duit. Semua pakai duit. Di akhirat semua itu tidak bernilai lagi melainkan amal soleh, amanah dalam kerja, keadilan , kejujuran, takwa, sifat kasih sayang.

Di akhirat nanti 2 rakaat sebelum subuh pun jadi sangat bernilai. 2 rakaat Solat Subuh berjemaah pun sangat mahal dan bernilai. 2 rakaat tahajud pun jadi sangat bernilai. 2 kalimah yang lebih mahal dari segala dunia dan seisinya..kalimah syahadah..tapi kita tidur dan lupakan semua itu...lebihkan tidur 10 minit dan tinggal solat Subuh berjemaah walaupun umur kita dah 30 tahun. atau kita ingat tapi cepat-cepat lupakan dan perjudikan nasib kita.

Nanti kita semua juga akan beratur panjang kerana telah melupakan semua ini di Mahsyar...kerana buat-buat lupa semua ini...

Ya Allah berilah kami keampunan dan kebaikan atas setiap musibah yang menimpa. Jadikan setiap kesusahan yang kami tanggung asbab diri kami dan setiap manusia semakin mengenalMu sebagai tuhan.Ya Allah berkatkan rezeki kami dan berkatkan rezeki buat saudara kami yang susah dan mudahkanlah segala urusan kami dunia dan akhirat. Hanya kasih sayangMu segalanya buat kami. Tiada tuhan melainkan Allah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah

- Ust ebit lew

Kembali

Formula cinta sempurna mahu tidak mahu mestilah bermula dengan Yang Maha Sempurna.

Muhasabah.

-Hilal Asyraf

---
Bismillah, 
mari kembali rejuvenasi  blog.