Allah Allah Allah

♥ .“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An'am : 162)♥

Syahadah

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.

Subhanallah!

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Albasri

Alhamdulillah!

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Allahuakbar!

Tuhanku...bintang-bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu.mengintai kasih di perdu rindu... ~Rabiatul Adawiyah~

Monday, November 11, 2013

seorang gadis, seorang cinta dan seorang sahabat.

gadis itu selalu berteman cinta. di mana-mana. baik alam nyata atau alam maya. dia nampak gembira dengan cintanya. dia sangat menyayangi cintanya. dia tak mahu berpisah dengan cintanya.

dan ada seseorang, iaitu sahabat, selalu mengekorinya. gadis itu tahu sahabat memerhatikannya. dan dia rimas. kenapa sahabat perlu ada saat dia asyik dengan cintanya? dia mengabaikan sahabat. tapi sahabat tak mengabaikan dia. sahabat selalu setia memerhatikan dia.

tapi itulah. panas tak sampai ke petang. kadang-kadang boleh hujan pada jam 7.50 pagi. saat orang mahu pergi kuliah. dan kadang-kadang juga, hujan tak kekal sampai malam. kadang-kadang panas boleh muncul jam 12.30 tengahari, dan lelaki-lelaki yang malas pergi solat jumaat kerana kononnya hujan, terpaksa menyarung kembali kain pelikat dan baju melayu kerana hujan telah reda.

berbalik kepada gadis itu. ya, bahagia tak semestinya bertahan lama. kadang-kadang duka hadir tanpa diundang. dan alangkah peritnya, duka itu dihadirkan oleh cinta.

lalu gadis itu menangis. tidak dia sangka, cintanya yang selama ini dia cintai, tegar menghadiahkannya tangisan. dan ketika itulah, sahabat yang setia mengekori itu, mendekat dan menegur.

gadis itu yang emosinya tak stabil, dengan marah dengan geram dengan sakit hati kepada keduanya, cinta dan sahabat, menghamburkan pertanyaan dalam nada marah yang tak terkawal,

“kenapa kau selalu ada kat mana je aku ada???”

sahabat tenang. lalu duduk di sebelah dia. dan perlahan berkata, dengan nada paling ikhlas,

“untuk menghadiahkanmu senyuman, tatkala cinta menghadiahkanmu tangisan.”

gadis itu serta merta berhenti menangis. tapi air mata masih mengalir. selama bersama cinta, dia mengabaikan sahabat. dan bila cinta mengabaikan dia, sahabatlah yang datang untuk menenangkan. sahabat senyum, lalu berkata lagi dengan pandangan dan nada yang sayu,

“jangan mengabaikan persahabatan kerana cinta. dan jangan meremehkan kebaikan sahabat ketika kita bersama cinta, kerana kadang-kadang sahabat yang setia itu, mungkin, adalah cinta yang tak pernah kita sedari.”

sahabat bangun, senyum, dan berlalu. di sisinya ada tisu dan nota kecil,

‘ketika bumi ditimpa hujan, pasti tanahnya tak kering sendiri. mataharilah yang membantu mengeringkan. begitu juga manusia. air mata takkan boleh hapus sendiri, tidak dengan bantuan dan doa orang sekeliling yang menyayangimu.’

by sederhana indah