Allah Allah Allah

♥ .“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An'am : 162)♥

Syahadah

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.

Subhanallah!

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Albasri

Alhamdulillah!

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Allahuakbar!

Tuhanku...bintang-bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu.mengintai kasih di perdu rindu... ~Rabiatul Adawiyah~

Tuesday, July 30, 2013

Apakah Hubunganmu dan DIA ?




[Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi]

Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,

Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Suria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di Zaqaziq engkau menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini.

Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya; kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.

A.A.E

Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud
Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)
‪#‎mesirkini‬

Sunday, April 28, 2013

Jiwa kosong



Apa khabar meter cinta kita harini ?

 "Pada setiap umat manusia, Allah utuskan RasulNya, Rasul pembawa risalah, Ajaran yang Maha Esa. Betapa Beruntungnya kita, Diutus yang teristimewa, Sebaik-baik manusia, rahmat bagi alam semesta."

Dalam hati akan ada kekosongan yang hanya akan dapat diisi dengan merapat kepada Tuhan.


Lihat dengan mata,
Dengar dengan telinga, 
Rasa dengan hati,
Gerak dengan perbuatan,
Faham melalui Cinta.

Sebarkan Mahabbah
Hayati Vid  diatas..


..

Sunday, April 21, 2013

Tersembunyinya cinta pada tabir usaha



Time berjalan-jalan di tgh kesibukan bandar raya ni..

Aku Nampak si pakcik mengelap peluh dek letihnya mengayuh beca demi rezeki,
Aku Nampak si makcik penuh dgn kasih sayang menyantuni anaknya yang buas mahukan mainan,
Aku Nampak si kakak pegang tangan sorang mkck buta menyeberang jalan,
Aku Nampak si abg menghulurkan sedikit wang kepada pakcik yang kurang upaya di bahu jalan,
Aku Nampak si adek kecil berusaha sunguh-sunguh promot kuihnya ..

Tiba-tiba…
kedengaran satu suara anggun indah mendayu-dayu..

Oh, iya.. itu Azan..



( hati sebak, mata penuh dengan air.. )
Aku tergaman, aku menjadi saksi kepada suatu event yang indah….
mereka yang  tadi,  'pause' dan  menuju ke arah yang sama..

Iya.. Ke tempat suara itu bergema…..

Perbuatan mereka, secara tersirat mengatakan yang..
“Aku cinta padaMU lebih dari segala-gala

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..

Ya Allah...



Dari mereka, aku pelajari..
apa itu usaha, kasih dn sayang,  kongsi, erti tiada putus asa
yang dibaluti rasa cinta yg taat pdMU..

"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s


Tersembunyinya cinta pada tabir usaha



Bagaikan takdir,
Lagu ini menceritakanya.
Dengarkan..


...

Saturday, April 20, 2013

Sharing..


sharing worries, it will half 
sharing happiness, it will double

life is indeed wonderful,
only if you choose it so..


..


Thursday, April 11, 2013

Setiap hari itu peluang kembali.


 
*klik link dibawah jika xdpt tgk vid *

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar-Ra`d :11

  

Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.

Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan.

Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.

 Tiada erti nokhtah dalam menysuri hidup

 

...

Monday, April 8, 2013

Berjalan tanpa henti


Biar rebah, jangan berubah..
Biar kalah jangan berpaling arah..
Biar terbuang, teruskan berjuang..

Ujian itu tarbiyah dari Allah..
Semakin dekat padaNya, semakin kuat taufan melanda..
Usah resah bila diri diuji Allah..
Pasti ada hikmah tersembunyi..
Pasti ada bahagia hakiki..

Teruskan berjalan, walau terhencot..
Janji Allah itu pasti..

...