Allah Allah Allah

♥ .“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An'am : 162)♥

Syahadah

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.

Subhanallah!

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Albasri

Alhamdulillah!

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Allahuakbar!

Tuhanku...bintang-bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu.mengintai kasih di perdu rindu... ~Rabiatul Adawiyah~

Sunday, April 7, 2013

Ujian itu, Kehidupan ini...



 

Ujian itu tanda cinta dari Sang Mahaperkasa, diajariNya kita dengan banyak persoalan, disadarkan kembali bahawa takde kekuatan melainkan dariNya.

Hidup manusia ini kan.. 
penuh dengan misteri, ia proses antara ikhtiar insani dan takdir Ilahi
 
Life starts from nothing to something, then becoming someone
and finally to be NO ONE.

Why?.. 
Because the only ONE is Allah swt.


Perjalanan mencari Allah haruslah "berbekalkan" Allah, tak cukup dengan cita-cita dan kerja keras.

Mari berinspirasi!


...


Wednesday, April 3, 2013

Sedar akan diri







Apabila kita terlalu memandang tinggi dan terlalu hormat pada seseorang, kita lupa bahawa mereka juga manusia biasa.

Lantas kita mula mengadili serta memandang buruk padanya bila dia melakukan walaupun satu kesalahan.

Kita manusia, ada silapnya.

Maka saling tegur menegurlah secara berhikmah, bermaaf-maafanlah penuh mahabbah dan terimalah penuh redha.

...